nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengguna DASH dikenakan bayaran tol mulai tengah malam ini

30 NOV : Pengguna Lebuh raya Projek Lintasan Damansara-Shah Alam (DASH) akan mula dikenakan bayaran tol bermula jam 12.01 tengah malam ini.

Pengurusan DASH dalam satu kenyataan hari ini berkata, kutipan tol terbabit berkuat kuasa selepas tamat tempoh penggunaan secara percuma selama 48 hari yang diumumkan kerajaan sempena perasmian Lebuhraya DASH bermula 14 Oktober lalu hingga hari ini.

Kutipan bayaran tol menurut kenyataan itu akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya, menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID.

Katanya, susulan itu, pengguna dinasihat supaya memastikan baki kad Touch ‘N Go dan e-wallet masing-masing adalah mencukupi sebelum memasuki lebuh raya itu.

“Kadar tol akan dikenakan kepada pengguna melalui ketiga-tiga plaza tol Lebuhraya DASH iaitu Plaza Tol Denai Alam, Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara) dan Plaza Tol Kota Damansara.

“Kadar tol bagi kereta dan kenderaan Kelas Satu dan butiran kenderaan dua gandar, tiga atau empat roda (tidak termasuk teksi dan bas) sebanyak RM2.30.

“Kadar tol bagi lori dan kenderaan Kelas Dua, butiran kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (tidak termasuk bas) berharga RM4.60,” kata syarikat konsesi dalam kenyataan tersebut.

Pengurusan DASH berkata, kadar tol bagi treler atau kenderaan Kelas Tiga, yang mempunyai tiga gandar atau lebih (tidak termasuk bas) berharga RM6.90, manakala kadar tol kereta yang kelas kenderaan empat dan butiran teksi berharga RM1.20.

“Kadar tol bas yang kelas kenderaan lima berharga RM2.30,” katanya.

Pengurusan DASH menasihatkan pengguna supaya sentiasa mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah yang disediakan ketika melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan yang lancar ke destinasi yang dituju.

“Bahagian Operasi Lebuhraya DASH akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di ketiga-tiga plaza tol selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.