30 NOV : Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berterusan di lapan negeri minggu ini sehingga Ahad ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, cuaca buruk itu diramalkan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan bersedia menghadapi cuaca buruk itu.
Amaran hujan berterusan di Perak membabitkan kawasan Hulu Perak manakala di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Di Pahang membabitkan Jerantut, Kuantan dan Pekan manakala di Sabah ialah Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat sehingga Ahad