1 DIS : Kes jangkitan baharu COVID-19 meningkat ke angka 1,737 semalam berbanding 1,672 yang dicatatkan hari sebelumnya.
Data Portal KKMNOW memperlihatkan sebanyak 24,960 kes aktif dicatatkan semalam dan daripada jumlah itu 23,018 kes atau 92.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 1,848 pesakit mendapat rawatan di hospital dan seramai 94 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 3,338 kes sembuh.
Sementara itu, kes kematian turut melonjak ke 17 kes semalam dan enam daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).