1 DIS : Parlimen ke 15 akan bersidang Dewan Rakyat selama dua hari bermula 19 Disember ini.
Pemilihan Speaker bagi penggal Parlimen baharu menjadi agenda utama apabila ia menjadi aturan mesyuarat pertama adalah pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Azhar Harun ialah Speaker Dewan Rakyat ketika ini.
Ini kemudian diikuti sesi angkat sumpah oleh Ahli Parlimen yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan pemilihan Timbalan Speaker.
Mesyuarat juga dijangka sesi pengundian undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.