2 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengumumkan Kabinet Kerajaan Perpaduan pada pukul 8.15 malam ini.
Pengumuman kabinet baharu itu akan dibuat dalam satu sidang media di Putrajaya, sekali gus menjawab teka-teki siapa yang bakal dilantik membarisi jemaah menteri.
“Insya-Allah jam 8.15 malam ini saya akan mengumumkan saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan Perpaduan. Nantikan,” kata Perdana Menteri dalam satu hantaran di laman Facebook, sebentar tadi.