2 DIS : Jangkitan baharu COVID-19 pada Khamis terus meningkat dengan 2,375 kes dilaporkan berbanding 1,737 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.
Portal KKMNOW mencatatkan sebanyak 24,467 kes aktif dicatatkan pada Khamis dan daripada jumlah itu 22,637 kes atau 92.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Namun Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala, 1,739 pesakit mendapat rawatan di hospital.
Seramai 91 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 57 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes kematian pula menurun kepada 11 kes berbanding 17 kes semalam di mana dua daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).