3 DIS : Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di wilayah Jawa Barat pada Sabtu, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan, namun BMKG memberi amaran kepada orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan gempa susulan.
Gegaran dirasai di ibu kota, kira-kira 154 km dari pusat gempa dengan bangunan tinggi bergoyang selama beberapa saat ketika gempa berlaku.
Bulan lepas, gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda daerah Cianjur, Jawa Barat, mengorbankan lebih 300 orang.