nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kabinet berdaya saing, tangani isu rakyat

3 DIS: Pemerhati melihat barisan Kabinet negara yang baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mampu memacu negara ke arah yang lebih berdaya saing.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata rata-rata jawatan penting itu terajui oleh mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.

“Saya melihat pembentukan Kabinet Malaysia yang baharu mencerminkan hasrat kerajaan untuk mengetengahkan barisan kabinet yang benar-benar mampu membawa Malaysia lebih berdaya saing dan pada masa yang sama menangani isu-isu semasa rakyat terutama melibatkan kos sara hidup.

“Kita dapat lihat jawatan-jawatan penting dalam Kabinet itu diterajui oleh mereka yang benar-benar berpengalaman dan profesional,” katanya kepada BBC Portal.

Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

Semalam, Anwar mengumumkan 28 menteri termasuk empat senator yang dilantik bagi menerajui kabinet kerajaan perpaduan.

Anwar turut mengumumkan dirinya memegang portfolio Menteri Kewangan dalam kabinet baharu itu dan Ahmed Razman menyifatkan pemimpin itu mampu memberi impak positif terhadap pelabur juga industri.

“Walaupun kita lihat perdana menteri turut menjadi menteri kewangan, tapi kena ingat beliau pernah menjadi menteri kewangan pada tahun 90-an lebih kurang 7 tahun lamanya dan pernah menjadi menteri kewangan terbaik Asia.

“Di situ ia mampu memberi impak dan persepsi yang positif dalam kalangan pelabur dan industri,” katanya.

Mengulas soal pelantikan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi, beliau melihat Ahli Parlimen Pandan itu mempunyai kelebihan dan kepakaran dalam portfolio itu.

“Kita lihat apabila Rafizi dilantik sebagai Menteri Ekonomi, beliau sebenarnya mempunyai latar belakang yang sesuai dengan portfolio tersebut. Selain berlatar belakang profesional, beliau juga memang terlibat dalam industri korporat dan juga mahir dalam penggunaan data serta teknologi.

“Sekarang ini untuk menangani isu ekonomi semasa, pembuatan keputusan itu harus berlandaskan data yang tepat, yang sesuai dan perlu meneroka bagaimana teknologi mampu membolehkan ekonomi itu lebih berdaya saing. Di situ saya lihat kelebihan Rafizi.

“Dengan usia yang masih muda itu juga membolehkan beliau melaksanakan tugasan dengan lebih bertenaga,” katanya.

Beliau turut berharap Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dilantik sebagai  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mampu menarik lebih banyak industri dan pelaburan luar masuk ke dalam negara bagi meningkatkan kadar Pelaburan Langsung Asing (FDI) selain membawa masuk industri-industri yang boleh meningkatkan kemahiran pekerja dan kualiti hidup serta gaji yang lebih kompetitif.

Mengulas lanjut, Ahmed Razman melihat perkara pertama yang perlu ditangani barisan kabinet yang baharu melibatkan masalah domestik terutama soal kos sara hidup rakyat dan subsidi bersasar.

“Ini harus diberi keutamaan memandangkan dalam masa dua minggu juga jawatankuasa yang melihat keperluan untuk menangani harga barangan yang tinggi ini dapati dibentangkan dan diperhalusi penyelesaiannya.  Keutamaan untuk masalah domestik dahulu untuk sekurang-kurangnya Disember ini.

“Apabila bajet yang lebih komprehensif dibentangkan awal tahun depan, ia akan lebih menjurus kepada bagaimana untuk memenuhi hasrat RMK-12, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan pada masa yang sama meneroka potensi Malaysia untuk menjadi lebih berdaya saing untuk masa akan datang,” katanya. – Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.