3 DIS : Sebelas gerabak kereta api kargo tergelincir selepas landasannya dibom dalam kejadian antara stesen Hat Yai dan Padang Besar di daerah Sadao di Songkhla pada petang Sabtu.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
Kejadian berlaku ketika tren kargo No.707 yang beroperasi antara Hat Yai dan Padang Besar menghampiri stesen kereta api Khlong Ngae di kampung Tha Phor Ork Moo 2 di tambon Tha Phor sejurus selepas tengah hari.
Sebelas daripada 20 gerabak itu terkeluar daripada landasan, yang turut mengalami kerosakan teruk.
Empat kakitangan kereta api itu iaitu dua pemandu, seorang juruteknik dan seorang kakitangan, bagaimanapun tidak cedera.
Kereta api itu dilaporkan mengangkut getah ke Malaysia.
Penguat kuasa undang-undang dan pihak berkuasa kereta api Thailand yang membuat siasatan menemui kesan letupan bom dan sedang menyiasat pihak bertanggungjawab.
Berikutan kejadian itu, laluan Hat Yai-Padang Besar mungkin perlu ditutup selama beberapa hari untuk pembaikan.