5 DIS : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, (KKDW) tiba di bangunan Kementerian di Putrajaya hari ini, bagi memulakan tugas pada hari pertama.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tiba jam 12:15 tengahari dan disambut Ketua Setiausaha KKDW Datuk Ramlan Harun bersama pihak pengurusan tertinggi dan agensi di lobi bangunan Kementerian.
Ahmad Zahid kemudiannya mengimbas kad perakam waktu, sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini.
Beliau seterusnya menandatangani buku Selamat Datang dan Selamat Bertugas di pejabatnya dan menghadiri sesi taklimat kementerian.