5 DIS : Jangkitan kes baharu COVID-19 semalam terus menurun dengan 1,502 kes dilaporkan, berbanding 1,866 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.
Data di portal KKMNOW memperlihatkan, 22,505 kes aktif dicatatkan semalam dan daripada jumlah itu sebanyak 20,889 kes atau 92.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala, 1,512 pesakit mendapat rawatan di hospital.
Seramai 104 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 70 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, kes kematian juga menurun kepada satu digit kepada tiga kes, berbanding tujuh kes semalam.
Dua daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).