5 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.
Beliau berkata, langkah tersebut diambil sebagai semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat.
“Jemaah Menteri setuju bahawa atas semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat dan memotong gaji setiap bulan sebanyak 20 peratus.
“(Pemotongan gaji) ini sehingga ekonomi pulih. Kalau ekonomi pulih tiga tahun (pemotongan berlaku tiga tahun).
“Pemotongan gaji ini tidak wajar dan saya berterima kasih dengan kesediaan mereka (barisan Kabinet,” katanya dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini.
Turut hadir sama dua Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Sebelum itu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pertamanya di Perdana Putra.
Pada 2 Disember, Anwar mengumumkan barisan kabinet yang dianggotai 28 menteri termasuk dua TPM, selain beliau sendiri memegang portfolio Menteri Kewangan. Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut menafikan dakwaan bahawa beliau mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.
“Ada yang kata Anwar tak terima gaji Perdana Menteri kerana dia ambil gaji Menteri Kewangan, itu tidak benar,” ujarnya.