nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kabinet Perpaduan inklusif, pelbagai etnik

5 DIS : Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan semalam dilihat inklusif meliputi pelbagai wilayah, etnik dan agama tanpa didominasi oleh DAP.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata barisan Kabinet itu sekali gus menepis kritikan pembangkang terhadap kerajaan.

“Barisan Kabinet ini satu bentuk kerajaan perpaduan diidamkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dibentuk antara PH dengan BN buat pertama kalinya menubuhkan kerajaan bersama ‘en bloc’ parti yang lain. Sudah tentu kabinet yang dibentuk ini bukan saja suara kepada PH tapi adalah suara kepada komponen-komponen parti yang membentuk kerajaan.

“Kabinet ini juga bersifat inklusif sebab ia mewakili pelbagai wilayah, negeri, etnik dan agama.

“Kabinet ini berjaya membuktikan Kabinet ini tidak didominasi oleh DAP apabila penyertaan DAP dalam kerajaan ‘under represented’. Ini berlaku sebab DAP faham pembangkang sering menuduh DAP cuba untuk mendominasi kerajaan dipimpin Anwar jadi apabila penyertaan DAP ini kurang, ini melenyapkan dakwaan, kritikan Perikatan Nasional (PN) terhadap kerjasama BN dan DAP-PH,” katanya kepada BBC Portal.

Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengumumkan senarai jemaah menteri kabinetnya yang baharu berjumlah 28 orang yang meliputi pemimpin parti-parti gabungan di dalam Kerajaan Perpaduan.

Anwar turut melantik dua timbalan Perdana Menteri, iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut memegang jawatan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Ahli Parlimen Petra Jaya dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof yang turut memegang jawatan Menteri Perladangan dan Komoditi.

Menyentuh soal lantikan Ahmad Zahid, Awang Azman berkata kerajaan sebelum ini menafikan hak Presiden UMNO itu dalam Kabinet yang menyebabkan dua kerajaan itu tidak stabil.

“Kita tidak boleh menghukum Zahid kerana negara kita berpegang pada undang-undang dan Perlembagaan. Sama seperti undang-undang di negara-negara lain iaitu tidak bersalah hingga dinyatakan bersalah.

“Jika tidak meletakkan Zahid di situ (sebagai TPM)…mengetepikannya ini merupakan satu diskriminasi kerana beliau adalah Pengerusi BN dan Presiden UMNO.

“Kalau kita lihat beberapa pentadbiran terdahulu menafikan hak Zahid  dan tidak meletakkan beliau sebagai anggota Kabinet, kita lihat kerajaan dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak stabil sebab menafikan hak Pengerusi BN, ini menyebabkan ketidakstabilan politik.

“Apabila yang bukan dalam hierarki parti dilantik, ini menyebabkan terdapat usaha-usaha seolah-olah sudah ada pemilihan parti sebelum pemilihan parti itu berlangsung terutama kluster menteri ini. Mereka pula melabelkan Zahid dengan label yang buruk untuk menafikan Zahid seperti penggunaan kata ‘kluster mahkamah’,” katanya.

Beliau juga melihat lantikan wakil daripada Borneo sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai satu pengiktirafan kepada Sabah dan Sarawak dan Fadillah Yusof perlu diberikan skop kuasa yang lebih baik terutama dalam soal pembangunan.

Dalam pada itu, beliau turut mempertahankan tindakan Anwar melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan susulan Pengerusi PH itu pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia suatu ketika dahulu.

“Kalau kita lihat sebelum ini PH membantah pelantikan perdana menteri sebagai menteri kewangan kerana ketika itu dapat dilihat menteri kewangan ada beberapa isu misalnya isu 1MDB dan ini menyebabkan mereka begitu keras sekali terhadap isu perdana menteri sebagai menteri kewangan.

“Apabila timbulnya kerajaan baharu ini sesuai dengan kenyataan Anwar yang menolak ketirisan kewangan, yang menolak kementerian kewangan dijadikan sumber lombong emas bagi pemimpin parti-parti tertentu dan juga mengelak perebutan pemimpin-pemimpin lain serta blok-blok parti lain untuk mendapatkan jawatan tersebut. Ini menjadikan Anwar lebih berhak menjadi menteri kewangan.

“Pertama, sebab beliau pernah menjadi menteri kewangan dan diiktiraf sebagai menteri kewangan terbaik di Asia dan kedua, ini juga mampu meyakinkan negara-negara luar apabila Anwar sendiri memegang kementerian kewangan.

“Ini bukan sahaja memberi keyakinan kepada pihak luar tetapi meyakinkan pelabur-pelabur untuk datang melabur di Malaysia kerana Anwar berpengalaman sebagai Menteri Kewangan dan tidak ada rekod salah guna dan sebagainya,” katanya.- Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.