6 DIS : Kerajaan hari ini sedang merumuskan suatu belanjawan mampan untuk 2023, demikian kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli.
Rafizi berkata, merumuskan belanjawan antara hal utama bagi kerajaan baharu dan beliau sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan dalam usaha itu.
“Kami akan sangat sibuk dalam satu atau dua bulan akan datang,” katanya.
Ditanya sama belanjawan itu akan lebih kecil atau lebih besar daripada yang dibentangkan pentadbiran lepas, Rafizi berkata itu akan dijawab oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan.
“Kementerian saya tumpu kepada perancangan jangka masa panjang.”
Sementara itu, menjawab soalan adakah kerajaan akan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), beliau tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara berkenaan kerana ia di bawah kuasa Menteri Kewangan.
“Peranan kita di sini adalah menyediakan senario, perancangan dan unjuran bagi kementerian kewangan.
“Keputusan bagaimana untuk mengukuhkan nilai menerusi kutipan hasil perlu dibuat secara kolektif sebagai sebuah kerajaan,” katanya.
Katanya lagu, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang diketuainya akan memastikan aliran hasil kerajaan lebih berdaya saing.