6 DIS : Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang dijadual berlangsung pada Disember ini, ditangguhkan ke awal Januari tahun hadapan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan ringkas dan tarikh baharu bagi PAU 2022 adalah pada 11 hingga 14 Januari 2023.
“Oleh kerana 21 hingga 24 Disember (adalah) waktu cuti sekolah dan ramai perwakilan yang ingin bercuti hujung tahun ke merata tempat, maka Perhimpunan Agung UMNO adalah ditangguh,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya pada semalam.
Selain itu, beliau turut memaklumkan, notis PAU 2022 juga akan dihantar secara rasmi tidak lama lagi