8 DIS : Gempa bumi berukuran 6.1 melanda Jawa Barat, Indonesia hari ini, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), mendorong orang ramai berdekatan pusat gempa panik meninggalkan kediaman masing-masing.
Pusat gempa kira-kira 22 kilometer (km) dari bandar Sukabumi, pada kedalaman 104km itu tidak berpotensi mengakibatkan tsunami, menurut agensi terbabit.
Berdasarkan siaran berita televisyen TVOne, orang ramai dilihat lari meninggalkan rumah masing-masing di Sukabumi.
Gegaran turut dirasai di ibu negara, Jakarta dan kawasan persekitaran, kata saksi kepada Reuters.
Pegawai agensi mitigasi bencana (BNPB) Indonesia, Abdul Muhari, memberitahu Reuters bahawa tiada laporan kerosakan diterima setakat ini tetapi agensi berkenaan bagi mengawasi keadaan.
Bulan lalu, gempa bumi magnitud 5.6 pada kedalaman agak cetek melanda Cianjur, juga di Jawa Barat, mengorbankan lebih 300 mangsa dan merosakkan ribuan rumah.
Kedudukan Indonesia di zon Lingkaran Api Pasifik yang menyaksikan pergerakan seismik yang aktif menyebabkan negara ini kerap mengalami gempa bumi.