9 DIS : Nama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dipinda menjadi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tetapi visi, misi serta fungsinya kekal.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu kenyataan hari ini, kementerian itu memfokus inisiatif melahirkan masyarakat desa yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan, bukan saja dari segi infrastruktur tetapi juga sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran.
“KKDW komited bersama Kerajaan Perpaduan menerus dan merealisasikan agenda serta program teras bawah kementerian itu untuk memastikan masyarakat desa terus menerima manfaat yang disediakan bagi mengubah taraf sosioekonomi, sekali gus menyumbang kepada kemajuan negara,” katanya dalam kenyataan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu mengumumkan Ahmad Zahid, 69, sebagai Timbalan Perdana Menteri serta memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.