10 DIS: Polis menahan seorang pemuda yang juga ikon permotoran kerana disyaki mengugut menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir yang mengesahkan tangkapan itu berkata, suspek ditahan untuk siasatan selepas selepas polis menerima laporan dibuat mangsa.
Suspek menurutnya direman empat hari bermula hari ini hingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.