10 DIS : Presiden China Xi Jinping melahirkan rasa tidak puas hati dengan kezaliman yang dialami rakyat Palestin serta mengesahkan sokongan China terhadap negara Palestin yang merdeka.
“Tidak mungkin kezaliman yang dialami rakyat Palestin diteruskan,” kata presiden itu semasa merasmikan Sidang Kemuncak Riyadh-Teluk-China bagi Kerjasama dan Pembangunan di Arab Saudi pada Jumaat.
Xi menekankan keperluan agar Palestin diberi “keanggotaan penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” sambil berkata Beijing “menyokong penyelesaian dua negara dan penubuhan negara Palestin, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
Beliau menganggap sidang kemuncak itu sebagai “sejarah yang terlakar dalam hubungan Cina-Arab.
“China dan Arab harus mengukuhkan perpaduan dan kerjasama serta membina komuniti demi masa depan yang lebih cerah,” katanya sambil mengalu-alukan penyertaan Arab dalam inisiatif keselamatan global.
Beliau turut menyuarakan minat untuk menjalin kerjasama dua hala dalam memperkukuh sektor pembangunan, kesihatan dan keselamatan makanan.
Xi tiba pada Rabu dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi.
Kali terakhir beliau melawat negara itu pada 2016.