12 DIS : Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang mengadakan pertemuan ringkas bersama Timbalan Perdana Menteri I dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di pejabat Timbalan Perdana Menteri I pagi ini sebelum memulakan tugas pada hari pertama.
Ahli Parlimen Samarahan itu tiba pada pukul 11.30 pagi dengan disambut Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Harun bersama pengurusan tertinggi bagi sesi bersama pihak Kementerian.
Datuk Rubiah kemudiannya mengimbas kad perakam waktu, sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini.
Beliau seterusnya diiringi ke pejabatnya dan menghadiri taklimat Kementerian.
Datuk Rubiah Hj. Wang antara 27 Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Sabtu, 10 Disember 2022 diberikan portfolio Timbalan Menteri di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.