17 DIS : Jangkitan baharu COVID-19 pada Jumaat turun sedikit kepada 1,138 kes, berbanding 1,161 kes dilaporkan pada hari sebelumnya.
Berdasarkan Portal KKMNOW , 16,521 kes aktif direkodkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 15,413 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Sementara itu, tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 1,052 pesakit mendapat rawatan di hospital.
56 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 37 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Selain itu, kes kematian kembali meningkat kepada 8 kes, berbanding tiga kes yang dilaporkan pada Khamis.
Tiga kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).