17 DIS : Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) melancarkan roket Space-X yang membawa satelit AS-Perancis bagi melakukan pemetaan air di permukaan bumi.
Misi pertama kali itu dijangka memberi maklumat baharu mengenai mekanik perairan dan kesannya terhadap perubahan iklim.
Falcon 9 yang dimiliki syarikat roket komersil Elon Musk itu dilancarkan di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California.
Selain lautan, ia akan mengukur ketinggian dan aliran air di berjuta-juta tasik dan lebih daripada sejuta sungai.
Saintis berkata, pengukuran itu diperlukan kerana perubahan iklim memburukkan lagi kemarau, banjir dan hakisan pantai.
Antara lain matlamat utama misi terbabit ialah untuk meneroka cara lautan menyerap haba atmosfera dan karbon dioksida dalam proses mengawal suhu global semula jadi serta membantu meminimumkan perubahan iklim.