17 DIS : Pengurus tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, dipanggil pihak polis hari ini untuk dirakam percakapan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata pengurus lelaki berusia 30-an terbabit sudah dipanggil dan akan tampil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.
“Untuk peringkat awal, kita akan mendengar kenyataan daripadanya sebelum kita putuskan tindakan yang harus diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.
Semalam, Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menyatakan bahawa aktiviti kegiatan perkhemahan di lokasi kejadian tidak mendapat kebenaran selain tiada permit dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Hulu Selangor.