19 DIS : Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis diserang minor strok akibat keletihan selepas terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tanah runtuh dijalankan di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali.
JBPM Selangor dalam kenyataan berkata, beliau dimasukkan ke Hospital Selayang hari ini pada pukul 6 petang tadi dan keadaan beliau terkawal dan masih sedarkan diri.
“Operasi mencari mangsa tetap dijalankan. Sama-samalah kita berdoa semoga kesihatan beliau kembali pulih,” katanya.
Operasi mencari sembilan lagi mangsa tanah runtuh masuk hari keempat namun masih belum ada perkembangan terbaharu.