Peningkatan kes COVID-19 di China membimbangkan-WHO
22 DIS : Jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat di China amat membimbangkan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa Beijing menumpukan usaha memvaksin kumpulan yang berisiko.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata pertubuhan itu menyokong usaha vaksinasi yang dilaksana oleh China, lapor Sputnik.
Beliau berkata, untuk menjalankan penilaian risiko menyeluruh mengenai situasi di China, pertubuhan itu memerlukan maklumat lebih terperinci mengenai tahap keseriusan penyakit berkenaan dan bilangan kemasukan ke hospital.
Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional China, sebanyak 2,286 kes baharu dikesan sepanjang beberapa hari lalu dan secara keseluruhan, sehingga 16 Disember lalu, seramai 34,334 orang dijangkiti COVID-19.