24 DIS : Kes jangkitan baharu COVID-19 pada semalam terus kekal di bawah 1,000 kes untuk hari ketujuh berturut-turut dengan 902 kes berbanding 858 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.
Data Portal KKMNOW memperlihatkan sebanyak 14,382 kes aktif direkodkan pada Jumaat.
Daripada jumlah itu, 13,562 kes atau 94.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 776 pesakit sedang dirawat di hospital.
Seramai 44 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana 31 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Manakala, sebanyak enam kes kematian dicatatkan semalam di mana daripada jumlah itu, tiga kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).