30 DIS: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan hari ini memberi perkenan menerima Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap baginda di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Berangkat sama, Tengku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Sesi mengadap selama hampir sejam ini adalah bersempena lawatan kerja Perdana Menteri ke Johor Bahru.
Dalam sesi mengadap tersebut, Anwar telah berikan penjelasan terkait soal pembangunan negara serta negeri Johor Darul Ta’zim.
Beliau turut mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
Kredit foto: Johor Royal Press Office