3 JAN: Korea Utara memecat Pak Jong Chon yang juga Naib Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat daripada Parti Buruh merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pusat parti itu
Tiada alasan diberikan berhubung pemecatan itu dan Pak digantikan dengan Ri Yong Gil, minggu lalu.
Televisyen tempatan memaparkan Pak duduk di barisan hadapan podium sambil menundukkan kepalanya, manakala ahli lain mengangkat tangan mereka bagi mengundi berkaitan isu peribadi. Tempat duduknya kemudian dikosongkan.
Kenaikan Pak dalam hierarki tentera dilihat terlalu cepat apabila dilantik sebagai Jeneral berbintang empat pada 2020, berbanding komander pasukan artileri berbintang satu pada 2015, atas sumbangannya dalam pembangunan teknologi peluru berpandu jarak dekat.