4 JAN: Semakin banyak negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, dan Jepun kini memperketatkan saringan terhadap pengembara dari China.
China, yang kini memerangi peningkatan ketara kes coronavirus selepas melonggarkan dasar ‘Sifar COVID-19’, memprotes tindakan negara berkenaan sebagai ‘tidak boleh diterima’ dan mengugut akat bertindak balas.
Sejak Khamis lalu, pengembara dari tanah besar China, Hong Kong dan Macau perlu membuktikan ujian COVID-19 negatif tidak lebih daripada 48 jam sebelum memasuki Australia.
Ketua Perbendaharaan Australia, Jim Chalmers, berkata kerajaan hanya mahu memastikan semua aspek keselamatan terkawal.
“Kami amat bimbangkan mengenai ketelusan di pihak China,” katanya kepada agensi media rasmi ABC.
Ditanya sama tindakan memperketatkan saringan itu berunsur politik, Chalmers menafikannya dan menyatakan ia tidak boleh dilabelkan begitu.
“Sememangnya wujud banyak kebimbangan dalam kalangan masyarakat perubatan di seluruh dunia mengenai ketelusan dan kualiti data yang dikeluarkan China mengenai COVID-19.
Data digabungkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan terdapat kes baharu COVID-19 di China sejak lebih seminggu lalu.
Kelmarin, China mengutuk negara yang mengenakan syarat ujian COVID-19 baharu ke atas penumpang warganegaranya yang melakukan perjalanan ke luar negara.