4 JAN: Polis sudah memberkas sepasang suami isteri yang disyaki terbabit kejadian letupan yang menyebabkan kematian di Pandan Indah, Ampang Jaya, Khamis lalu.
BH yang memetik sumber melaporkan, kedua-dua suspek diberkas di sebuah rumah di Kedah, tengah malam tadi.
Sejurus ditahan, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Pada masa ini, kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang bagi mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam Jumaat lalu, seorang tukang masak maut akibat letupan bungkusan diletak di atas keretanya di depan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya.
Mangsa berusia 28 tahun dilaporkan mahu mengalih sebuah bungkusan diletakkan di atas keretanya, selepas dimaklumkan rakan sekerja.