8 JAN: China menggantung dan menyekat lebih 1,000 akaun media sosial yang mengkritik kerajaan mengenai dasar COVID-19, termasuk akaun yang memiliki jutaan pengikut.
Platform media sosial Weibo memaklumkan sudah menggantung atau menyekat akaun berkenaan yang dikatakan membuat serangan peribadi terhadap pakar COVID-19 China.
Bulan lalu, China membatalkan dasar ketat sifar COVID-19, sekali gus menyaksikan lonjakan kes jangkitan dan kematian.
Sebelum ini, kritikan di media sosial tertumpu pada penguatkuasaan ketat itu, termasuk perintah berkurung yang memaksa penduduk berada di rumah selama berminggu-minggu.
Namun, kritikan media sosial baru-baru ini mula terarah kepada kumpulan pakar perubatan yang mempertahankan keputusan kerajaan China yang secara tiba-tiba menamatkan sekatan ketat COVID-19, meskipun menyokong dasar itu hanya beberapa minggu sebelum ini.
Menurut Weibo, hampir 13,000 pelanggaran peraturan dikesan di platform media sosial itu, termasuk serangan terhadap pakar, ahli akademik dan petugas kesihatan, namun penggantungan atau sekatan kekal hanya dikenakan pada 1,120 akaun setakat ini, lapor agensi berita BBC..