9 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi di Istana Kepresidenan Bogor sempena lawatan beliau ke Indonesia.
Sebaik tiba di Istana Bogor, Anwar dan delegasi yang lengkap bersongkok disambut dengan hamparan permaidani merah oleh Jokowi dan serentak itu lagu Negaraku dan Indonesia Raya berkumandang disusuli 19 das tembakan tanda penghormatan.
Beliau kemudian diiring Presiden Indonesia itu bagi memeriksa barisan kawalan kehormat yang terdiri daripada anggota pasukan keselamatan presiden.
Anwar dan Jokowi kemudiannya meneruskan agenda perbincangan melibatkan kedua-dua negara di beranda Istana Bogor.