11 JAN: Perwakilan UMNO sebulat suara menerima kerjasama parti tersebut dalam Kerajaan Perpaduan yang dibentuk pada Disember lalu selepas tiada parti cukup majoriti membentuk kerajaan sebaik keputusan PRU 15..
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Johari Ghani berkata, perkara tersebut dicapai semasa sesi taklimat khas bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.
“Semua perwakilan terima sebulat suara Kerajaan Perpaduan,” kata Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa selepas menghadiri taklimat khas di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.
Menurut beliau lagi, kunci utama taklimat disampaikan Ahmad Zahid adalah menekankan supaya tiada pengkhianatan dalam perjuangan parti.
Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 mencatatkan sejarah tersendiri apabila penganjuran kali ini sedikit berbeza iaitu Taklimat Presiden diadakan kembali.
Taklimat Presiden diadakan di Dewan Merdeka jam 3 petang tadi.
Taklimat secara tertutup oleh Ahmad Zahid itu membabitkan kehadiran lebih 3,000 perwakilan dari seluruh negara.
Taklimat itu difahamkan bagi memberi kefahaman dan memaklumkan kepada perwakilanbmengenai keputusan UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan.