13 JAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memberi tumpuan kepada tugas-tugasnya sebagai Perdana Menteri berbanding dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri dijangka sebelum Jun ini.
Menurut Anwar, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) belum mengadakan perbincangan mengenai persediaan ke arah menghadapi PRN.
Katanya, masih terlalu awal untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut
“Kita akan bincang tetapi masih terlalu awal, bagi saya dalam sebulan dua ini hanya tumpu soal kerja, belum lagi bincang soal PRN,” kata Anwar selepas mengadakan perjumpaan bersama ketua jabatan dan pegawai kanan Persekutuan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Terengganu.
Anwar berkata, pihaknya juga belum mengadakan perbincangan berhubung hasrat UMNO bekerjasama dengan PH dalam enam PRN termasuk kekal menggunakan logo BN.
Dalam pada itu,
Anwar menyerahkan kepada pentadbiran kerajaan negeri berkenaan menentukan masa sesuai untuk membubarkan DUN bagi membolehkan PRN.