17 JAN: Keputusan tiada pengosongan empat kerusi parlimen di Sabah yang dimenangi bekas ahli Bersatu atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada pilihan raya umum (PRU lalu adalah muktamad.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul berkata segala justifikasi dan alasan berhubung keputusan itu telah dijelaskan olehnya dalam surat bertarikh 16 Jan yang dihantar kepada Bersatu.
“Seperti yang saya dah jawab (dalam surat kepada Bersatu)… itulah dia (keputusan), muktamad.
“Terpulang kepada Bersatu (untuk rujuk ke mahkamah), mereka ada hak dan boleh menggunakan segala hak mereka,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mempertikaikan keputusan Johari untuk tidak mengosongkan empat kerusi parlimen di Sabah iaitu Papar, Batu Sapi, Ranau serta Sipitang, dan bercadang untuk merujuk perkara itu ke mahkamah.
Muhyiddin dalam kenyataan hari ini mendakwa keputusan dibuat Johari adalah berdasarkan tafsiran Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu, namun menurutnya Yang Dipertua Dewan Rakyat bukan pihak yang mempunyai kuasa untuk mentafsir perlembagaan parti.
Justeru kata Muhyiddin, Johari terkhilaf dalam membuat tafsiran serta keputusan