18 JAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pesuruhjaya Kanak-Kanak sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang besar memandangkan isu penderaan kanak-kanak belum dapat dituntaskan.
Malah, katanya terdapat beberapa isu lain berkaitan kanak-kanak masih lagi berlegar dan belum mendapat pembelaanyang sewajarnya.
“Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan perhatian kita.
‘Sehubungan itu, saya akan memperhalusi terlebih dahulu mengenai penubuhan jawatakuasa ini secepat mungkin kerana ia turut melibatkan isu-isu yang terkait dengan kementerianPembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kerajaan sebelum ini memutuskan penubuhan Pesuruhjaya Kanak-Kanak sebagai persediaan untuk menganggotai Suruhanjaya Hak Asadi Manusia (SUHAKAM) dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melantik Ahmad Zahid sebagai pengerusi jawatankuasa berkenaan.
Ianya adalah cabang khas yang ‘autonomous’ di bawah SUHAKAM bagimeneliti dan mendepani banyak masalah melibatkan penderaan dan masalah-masalah sosial yang lain melibatkan kanak-kanak.
Justeru itu beliau berharap melalui jawatankuasa ini, ia akan diberikan kuasa yang boleh bertindak
sebagai badan penyelia mengenai perkara berkaitan pendidikan, hak dan jenayah terhadap
kanak-kanak.
“Permasalahan anak-anak yang berbapakan warga asing atau beribukan warga asing akan
turut ditangani oleh jawatankuasa ini dengan pelaksanaan dalam kadar segera oleh
Kementerian Dalam Negeri.
“Ini juga merupakan satu lagi usaha di bawah Kerajaan Perpaduan yang prihatin untuk memberi pelindungan kepada kanak-kanak yang tidak sah taraf,” katanya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Menteri di JabatanPerdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang telah mencadangkan sebelum ini agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menjaga hak dan kesejahteraan kanak-kanak dab akhirnya bakal diwujudkan melalui penggubalan
satu akta yang baharu.