nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Yang Berhormat jerit di Parlimen tidak sesuai konsep Madani

20 JAN : Penganalisis politik berpendapat menjerit mahupun menggunakan bahasa kasar yang dipamerkan segelintir ahli Parlimen di Dewan Rakyat tidak bersesuaian dengan konsep madani dibawa kerajaan perpaduan.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata setiap wakil rakyat digelar sebagai Yang Berhormat maka mereka perlu menonjolkan sikap yang sewajarnya.

“Harapan perdana menteri itu boleh diwujudkan jika wakil rakyat itu mahu buat. Memang sidang Parlimen itu perbahasannya agak tegang dan keras tapi dalam masa yang sama kena ada tertib juga. Sebab ini Dewan Rakyat, semua didalamnya dipanggil Yang Berhormat jadi kalau mereka tak berkelakuan dengan baik bagaimana rakyat nak hormati mereka.

“Konsep yang dibawa manusiawi itu daripada gagasan madani yang asasnya merujuk kepada akhlak murni dan baik. Tapi kalau dalam perbahasan itu keluar bahasa yang tidak sepatutnya atau bahasa lucah, seksis, rasis maka saya rasa itu tidak kena dengan konsep yang perdana menteri nak bawa. Jadi sebab itu beliau pesan begitu supaya selepas ini lebih tertib. Boleh berdebat, tegang pun tak apa tapi kena ada tertibnya,” katanya kepada BBC Portal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Amanat Perdana Menteri : Membangun Malaysia Madani semalam melahirkan harapan agar semua wakil rakyat yang bakal bersidang mempamerkan tingkah laku lebih manusiawi dan tenang sejajar dengan konsep diperkenalkannya itu.

Dalam pada itu, Azizuddin berkata sewajarnya ahli Parlimen perlu menjaga kelakuan di Dewan Rakyat selayaknya seorang wakil yang dipilih rakyat.

“Kita tengok bagaimana keadaannya nanti pada persidangan Parlimen tidak lama lagi. Mana-mana yang berkelakuan tidak baik kena diingatkan, jika tidak saya rasa mereka tidak layak menjadi ahli Parlimen.

“Saya rasa ini bukan peranan speaker dan timbalan sahaja tapi peranan semua. Rakyat nak tengok perdebatan yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Tapi kalau lebih banyak nak berpolitik dan tunjuk perangai tidak baik serta tidak mencerminkan aspriasi rakyat, saya rasa pilihan raya umum akan datang kena tolak pemimpin yang begini,” katanya.

Sementara itu penganalisis sosiopolitik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata apa sahaja idea atau hujah perlu disampaikan dengan kesantunan berbahasa, lebih-lebih lagi persidangan itu menjadi tontonan rakyat secara keseluruhannya.

Dr Awang Azman Awang Pawi

“Saya kira perkara ini perlu disambut baik oleh semua pihak sama ada kerajaan atau yang di luar kerajaan. Mereka perlu pastikan persidangan Dewan Rakyat yang seterusnya akan lebih tertib, teratur dan mendukung nilai-nilai baik sesuai dengan apa digagaskan dalam konteks Malaysia Madani yang mahukan sistem nilai tersebut dipertingkatkan.

“Wakil rakyat perlu sedar bahawa perbahasan mereka dalam Parlimen itu menjadi perhatian rakyat di negara kita. Sudah tentu rakyat terkejut apabila wakil rakyat yang mereka pilih bercakap dengan menggunakan bahasa yang kadang-kadang dilihat kurang santun, tiada etika, tiada adab…tidak sama sebagaimana yang rakyat mahukan,” katanya.

Tegasnya, menjerit di dalam Parlimen hanya akan mencerminkan ketidakmatangan dan idea yang kurang kukuh.

“Idea boleh berbeza tapi perlu disampaikan secara lebih bijaksana, halus dan mempunyai nila-nilai kesantunan berbahasa yang tinggi.

“Dengan cara menjerit dan berteriak bukan bermakna mereka mendapat lebih banyak sokongan tetapi itu mencerminkan ketidakmatangan serta idea yang kurang kuat,” katanya. Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.