21 JAN: Government Backbenchers Club (BBC) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Pertanyaan Jawab Lisan dan Teks Ucapan kepada Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan serta Pegawai-Pegawai Penyelidik Parti Kerajaan di Parlimen, semalam.
Pengerusi BBC, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, bengkel ini penting dalam memberi pendedahan kepada semua Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru dipilih buat pertama kali sebagai Ahli Dewan Rakyat.
“Turut diberikan panduan mengenai tatacara penyediaan pertanyaan jawab lisan dan teks ucapan bagi perbahasan Titah Diraja, Belanjawan serta Rang Undang-Undang agar kesemua Ahli Parlimen mendapat format tatacara yang betul supaya perjalanan perbahasan di Parlimen dapat dilaksanakan dengan lancar, ” katanya menerusi Facebook beliau.
Sidang Parlimen ke 15 di Dewan Rakyat akan bermula pada 13 Februari dan Bajet 2023 dijadualkan dibentang pada 24 Februari.