24 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi dialog dan makan malam bersama rakyat Malaysia di Brunei Darussalam bertempat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan.
Beliau dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan bersyukur dapat bertemu mereka yang rata-ratanya berkecimpung dalam sektor perniagaan, perkhidmatan awam dan swasta serta pendidikan.
Mereka ini juga dl sifatkan memainkan peranan yang besar dalam menyumbang kepada pengukuhan hubungan dan kerjasama antara Malaysia-Brunei Darussalam.
Anwar turut menyeru agar mereka menerapkan konsep Malaysia MADANI yang diluncurkan minggu lalu untuk kebaikan bersama.