nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKDW komited sediakan ekosistem TVET yang kukuh

26 JAN:  Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited menyediakan ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang kukuh sebagai teras utama kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Melalui ekosistem TVET yang kukuh, ianya akan meningkatkan lagi keberhasilan pendidikan kemahiran sebagai pemacu perubahan untuk melonjakkan modal insan berkemahiran tinggi dalam masyarakat.

Pemerkasaan TVET adalah antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) yang dipengerusikan Menteri KKDW Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

KKDW dalam satu kenyataan memaklumkan perkara itu berkenaan selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai antara pilihan utama pendidikan dan kerjaya belia luar bandar selain menyentuh program-program berimpak tinggi TVET@KKDW.

Sebagai contoh, program TVET Komuniti adalah sebahagian inisiatif  TVET yang berbentuk kemasyarakatan untuk dibudayakan secara meluas di seluruh negara.

Ini termasuklah, program TVET Junior, Program TVET Tahfiz, Program TVET Aras Tinggi, Program Teknousahawan TVET, Program Pendigitalan TVET yang akan menjadi kerangka asas KKDW memartabatkan TVET seterusnya memenuhi

permintaan pasaran.

Mesyuarat kali ke-55 juga menyentuh hala tuju pelaksanaan projek dan program pembangunan Kementerian yang berupaya meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar bagi mengatasi isu kesenjangan pendapatan juga peningkatan kos sara hidup.

MEXCLUB adalah platform perbincangan secara membina di antara Kementerian dan Kerajaan Negeri bagi mengukuhkan persefahaman dalam melaksanakan agenda luar bandar berpandukan visi Malaysia Madani.

Ia juga selaras dengan konsep DESA di mana masyarakat desa akan diperkasa untuk  mengambil peranan aktif dalam membentuk dan membangunkan masa depan

mereka sendiri bagi membolehkan kawasan desa Malaysia memiliki akses kepada pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan, peluang ekonomi dan infrastruktur terbaik

bersandarkan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals).

Justeru, bagi mencapai wawasan ini, KKDW akan merencana dan melaksanakan program dan projek kemajuan desa yang progresif melibatkan seluruh komuniti desa.

Ini termasuk dalam penggubalan dan pelaksanaan polisi, termasuk memastikan tadbir urus terbaik dalam pentadbiran Kementerian dan setiap agensi di bawahnya.

Menurut kenyataan itu lagi, program pembangunan desa ini juga tidak hanya berpaksikan kepada pembangunan

fizikal, namun turut diimbangi dengan pembangunan modal insan yang meliputi nilai, etika dan adab.

MEXCLUB kali ini dihadiri Exco Luar Bandar Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Kedah, Melaka, Perak, Johor dan Perlis.

Manakala Exco Luar Bandar Sarawak diwakili Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak.

Exco Luar Bandar Kelantan pula diwakili oleh Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan. Manakala Exco Luar Bandar Sabah diwakili oleh Pembantu Menteri II, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.