28 JAN: Bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin dipecat keahliannya dari UMNO.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar yang pada awalnya digantung keahlian selama enam tahun turut dipecat selepas mahu MKT berbuat demikian dipecayai tidak puas hati dengan keputusan penggantungan tersebut
Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi.
Sementara itu, Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan digantung keahliannya.
Turut digantung keahlian selama enam tahun, Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.
Dalam pada itu, mengesahkan mengenai keputusan itu ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi kenyataan selepas selesai mesyuarat MKT tersebut.
Menurut beliau, keputusan pemecatan dan penggantungan itu dibuat atas pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).
Dalam kenyataan tersebut, turut menerima nasib sama digantung keahlian ialah bekas Ahli Parlimen Jempol Datuk Seri Mohd Salim Sharif.
“Selain itu yang turut dipecat ialah lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO dari Pahang.
Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU-15.
Menurut Ahmad, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang baharu.