1 FEB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, hari ini.
Katanya, akaun terbabit dibekukan bagi membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).
“Siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001),” katanya.
Sebelum itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman mengesahkan pembekuan akaun berkenaan.