6 FEB: Lebih 500 penduduk maut dan lebih 3,000 cedera di Syria dan Turkiye berikutan gempa bumi besar berukura n 7.8 magnitud yang melanda tenggara Turkiye hari ini.
Kejadian itu turut meranapkan puluhan bangunan dan sehingga berita ini dilaporkan, lebih 243 penduduk maut di Syria serta kira-kira 284 terkorban di Turkiye.
Turut terkesan daripada gempa bumi terburuk dalam sejarah itu adalah negara jiran, Syria, Lubnan, Cyprus dan sebahagian Israel.
Kata pegawai tempatan, jumlah korban turut meningkat dari semasa ke semasa kerana banyak bangunan musnah.
Menurut Geologi Amerika Syarikat (AS), gempa bumi itu berlaku pada pukul 4:17 pagi waktu tempatan pada kedalaman kira-kira 17.9 kilometer dengan gempa susulan 6.7 magnitud berlaku 15 minit kemudian.
Pusat perkhidmatan kecemasan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) Turki meletakkan magnitud gempa pertama pada 7.4.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam ciapan Twitter turut menyampaikan ucapan takziah kepada semua rakyat yang terjejas akibat gempa bumi berkenaan.