7 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan lima individu yang akan menganggotai badan penasihat khas bagi membantu menasihatinya selaku Menteri Kewangan.
Badan penasihat khas ini terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican.
Selain Tan Sri Hassan, anggota badan penasihat khas itu adalah;
• Pengerusi Eksekutif FVSB, Dato’ Ahmad Fuad Md Ali;
• Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng;
• Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Dato’ Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan
• Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.
Menerusi kenyataan di Facebook beliau, Anwar mengulangi pendirian bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.