nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan takut suarakan pandangan untuk penambahbaikan KKDW


9 FEB: Warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tidak perlu takut untuk menyuarakan pandangan kepada pihak atasan untuk penambahbaikan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ketua-ketua jabatan diingat agar meraikan padangan yang disuarakan meski pun ia perkara kecil.

“Saya menyeru agar semua petugas kementerian dan agensi-agensi di bawah KKDW untuk menyemai sikap dan penerimaan bahawa perubahan itu penting dan lebih penting perubahan itu diuruskan dengan baik dan berhati-hati bagi merealisasikan penambahbaikkan.

“Jangan takut menyuarakan pandangan demi penambahbaikkan. Biarpun sekecil-kecil perubahan, suarakan dan saya mahu ketua-ketua harus raikan cadangan malah mencubanya sekira ianya meningkatkan produktiviti dan menaikkan kualiti penyampaian kepada kumpulan sasaran,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW Bulan Februari 2023, hari ini.

Turut serta Timbalan Menteri Datuk Rubiah Awang dan Ketua Setiausaha KKDW Datuk Seri Ramlan Harun.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sejajar dengan gagasan Madani dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penting bagi kementerian meraikan pembaharuan.

“Pembaharuan yang menyeluruh menuntut kita semua meraikan perubahan baik dari segi program dan penyampaian kementerian, tetapi juga sikap dan gaya kerja.

“Mengapa saya katakan begitu. Ada pepatah Inggeris berbunyi ‘Change is inevitable’ dan “the only constant is change”. Untuk KKDW terus maju, perubahan perlu diteruskan kerana dunia bergerak dengan pantas. Begitu pantas sehingga kehidupan rakyat juga turut berubah,” katanya.

Dalam ucapan sama beliau berharap Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang menganjurkan perhimpunan kali ini dapat diperkasa supaya relevan dan menepati kehendak kumpulan sasar.

“KEMAS sebagai salah satu agensi yang paling hampir dengan akar umbi sudah semestinya menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyampaikan dasar-dasar kementerian yang memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar.

“Saya berhasrat agar KEMAS dapat diperkasakan seiring dengan perubahan masa dan kemajuan teknologi yang terkini agar ianya menjadi relevan dan menepati kehendak kumpulan sasar.

“Justeru itu, komitmen, kesepakatan dan kerjasama erat melalui pelbagai strategi yang lebih memberi impak serta disokong oleh dasar strategik adalah amat penting ke arah mencapai matlamat yang ingin disampaikan oleh KEMAS,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.