nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kemelut politk tidak berlaku jika tiada peristiwa Mahathir letak jawatan

13 FEB: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah percaya kemelut politik hampir empat tahun tidak berlaku jika tiada peristiwa membawa peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri.

Perkara itu juga boleh dielakkan sekiranya semua ahli politik dan wakil rakyat bersedia untuk mengenepikan perbezaan dan bersatu padu atas dasar menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Titah Sultan Abdullah sepanjang pemerintahan, baginda, tidak pernah berhasrat mencampuri urusan atau mencatur landskap politik negara, namun baginda diheret ke dalam kancah politik akibat kemelut berkenaan.

“Hakikatnya, beta hanya melaksanakan amanah dan janji yang dituntut seperti mana yang telah beta lafaz dan ikrarkan.

“Beta tidak berniat untuk mencampuri urusan politik negara, apatah lagi untuk mengatur percaturan landskap politik tanah air.

“Pada pengamatan beta, jika episod yang membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri ketujuh, tidak berlaku, nescaya rantaian kemelut politik yang berlarutan sehingga kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 juga akan dapat dielakkan.

“Lebih penting lagi, kemelut politik yang membelenggu negara hampir empat tahun lamanya boleh dielakkan jika ahli Dewan Rakyat dan ahli politik negara bersedia mengenepikan perbezaan dan bersatu padu semata-mata atas dasar menjaga kepentingan rakyat beta dan negara yang kita cintai ini,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal Parlimen Ke-15, di Parlimen, hari ini.

Al-Sultan Abdullah juga menegaskan, jika kepelbagaian, kemajmukan dan kekusutan politik berterusan menjadi punca perbalahan dan perpecahan, baginda khuatir suasana damai dan kemajuan yang didambakan tidak akan menjadi kenyataan buat selama-lamanya

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong turut menyambut baik permuafakatan dibentuk dalam kalangan pimpinan parti politik bagi membentuk kerajaan Perpaduan, selari dengan hasrat murni baginda untuk membentuk kerajaan yang stabil dan utuh.

Susulan itu, baginda mahu melihat kerajaan hari ini menumpukan usaha memastikan kestabilan politik dan menjana pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

“Beta menghargai pengenalan inisiatif negara MADANI yang merangkumi aspek kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, ihsan dan rahmah,” titah baginda.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah memaklumkan istiadat pembukaan Parlimen Titah Diraja hari ini adalah ang terakhirbuat baginda sebelum dijadual menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 30 Januari tahun depan.

Sehubungan itu, baginda mengambil kesempatan menitipkan pesanan terakhir kepada semua Ahli Dewan Rakyat dengan mengingatkan mereka supaya jangan bersikap hanya menilik balas dan menanti pujian.

Sebaliknya, Al-Sultan Abdullah berharap semua Ahli Parlimen akan menjaga nama baik dan kehormatan Dewan Rakyat dan berkhidmat setulus hati, dengan meletakkan rakyat dan masa depan negara sebagai keutamaan dan mengenepikan agenda politik sempit, selain bersatu hati atas nama perpaduan.

“Kestabilan landskap politik menerusi ikatan perpaduan dari ahli Dewan Rakyat hendaklah dijadikan sebagai manifestasi dalam membentuk bangsa Malaysia dan era Malaysia baharu yang gemilang.

“Sesungguhnya, perpaduan adalah penyatuan dalam perbezaan. Perpaduan adalah asas pembinaan kestabilan. Perpaduan adalah tiang kemakmuran. Perpaduan menyumbang kepada kemajuan. Perpaduan membawa kejayaan.

Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semua penjawat awam dan anggota barisan hadapan negara, khususnya tentera, polis dan petugas kesihatan yang berkhidmat secara profesional tanpa kenal penat dan lelah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.