14 FEB: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah(KKDW) memperuntukkan RM 1.7 juta untuk Program Pendigitalan Usahawan dengan menyasarkan seribu usahawanmendigitalkan perniagaan mereka.
Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, inisiatif melalui platform Desamall ini adalah strategi di bawah Teras 2Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu Keusahawanan PemacuPembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk
dan Memperluaskan Pasaran Termasuk Perniagaan Dalam Talian (ECommerce).
Modul latihan program Pendigitalan Usahawan Desa Desamall inimerangkumi pendigitalan penyediaan kunci kira-kira, pengurusan stok di
gudang dan di kedai, pengurusan gerbang pembayaran, akses internetyang optimum dan kemahiran-kemahiran lain berkaitan perniagaan.
“Kita lihat pelbagai program keusahawanan diketengahkan bagimembantu usahawan kecil menjalankan perniagaan dalam talian melalui
platform e-dagang, memahami kebolehpasaran produk dan khidmatdalam strategi penjenamaan,” katany pada majlis perasmian Program PendigitalanUsahawan Desa Siri 1/2023 di Putrajaya hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti KKDW, Mohd Sabri Ramly dan Pengarah Urusan Syarikat eLokaldan Pentadbir Desamall, Ahmad Shah Wahid.
Jelasnya lagi, program ini telah diperkenalkan pada tahun 2022 dansebanyak 3 siri program dilaksanakan di Putrajaya, Pulau Pinang dan
Sabah yang memanfaatkan seramai 706 usahawan di bawah programpendigitalan usahawan ini.
Sehingga 31 Disember 2022, jumlah jualan terkumpul melalui programDesamall adalah sebanyak RM5.169 juta dan Stock Keeping Unit (SKU)sebanyak 28,255 di semua platform eDagang.
Manakala, seramai 4,070usahawan desa menyertai program Desamall dan memasarkan produksecara dalam talian di platform e-Dagang.
Tambah beliau, KKDW melalui program Desamall sentiasa progresif memanfaatkan teknologi bagi memastikan inisiatif ini terus kekal relevan
serta lestari bagi memenuhi keperluan usahawan terutamanya di luarbandar.
Secara am, kuasa digital mencetus fenomenabaharu keusahawanan.
Kemahiran berniaga dalam memasarkan produk dan perkhidmatansecara talian melalui platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, Youbelimemberi ruang untuk usahawan meneroka lebih jauh.