nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak boleh bergantung telur luar, mahal dan kecil

15 FEB: Kerajaan diminta menangani segera isu bekalan telur di negara ini dan tidak terus bergantung kepada usaha membawa masuk telur dari India untuk menampung permintaan tempatan.

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata media turut melaporkan bekalan telur dari India juga lebih kecil dan lebih mahal berbanding telur tempatan.

“Saya rasa kita perlu mencari satu penyelesaian tetapi penyelesaiannya bukan pergi ke India. Kerana telur dari India mengikut apa yang dilaporkan media pada 22 Disember 2022, 50 sen sebiji.

“Harga untuk penternak tempatan dikawal, sekarang kita tetapkan harga telur 41 sen, 43 sen, 45 sen untuk Gred A, B C tapi harga telur yang dibawa dari India…28 hari untuk pelayaran sampai ke sini, telur itu dah tak boleh pakai, telur itu dah pecah, nak buat telur mata kerbau tak akan jadi,” katanya ketika membahas titah di Raja di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata sehingga kini kerajaan belum mengumumkan sebarang subsidi untuk telur yang menyebabkan penternak tertanya-tanya.


Di Johor pun banyak , Wee Ka Siong

“(Tahun ini) belum ada pengumuman. Sebab itu penternak marah, kerana mereka tak tahu. Kalau ladang tutup, lima bulan kemudian baru dapat hasilkan telur pertama.

“Bayangkan bila Ramadan, bila hari raya puasa…Saya lihat perkara ini satu krisis. biarlah mereka jual 50 sen, kalau kita boleh beri subsidi…bagi itu sebagai satu kaedah kita apungkan harga,” katanya

Sehubungan itu beliau meminta menteri terlibat mengunjungi kawasannya yang memiliki lebih 100 penternak ayam yang menghasilkan telur termasuk untuk diimport ke Singapura.

“Saya merayu kepada menteri kalau itu dikehendaki, datang ke kawasan saya. Banyak telur menunggu, banyak ayam menunggu. Perlu ada satu perubahan dasar.

“Di Johor sebenarnya, di kawasan saya ada 100 lebih ladang ayam. Kalau kita lihat ada lebih kurang 2,000…di Johor dan Melaka paling besar yang dapat eksport telur ke Singapura.

“Kita utamakan penternak tempatan. Kalau kawasan Melaka…Johor kita boleh diselesaikan, di kawasan saya ada yang hasilkan 4 juta telur, 800,000 biji telur boleh jual kepada Singapura, saya rasa keupayaan kita ada,” katanya.
Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.