Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat oleh bakal Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia, di bangunan Parlimen, hari ini.
Beliau menyeru kepada perwakilan-perwakilan negara itu melakukan tugas dengan amanah memandangkan mereka akan memulakan tugasan masing-masing di luar negara dalam masa yang terdekat.
Selain itu, Ahmad Zahid juga berkesempatan membincangkan isu-isu berkaitan pendekatan untuk rakyat dalam pertemuan tersebut.
“Saya sempat bertukar-tukar pandangan berkenaan isu-isu di bawah seliaan Kementerian seperti pembasmian kadar kemiskinan dan pemerkasaan pendidikan luar bandar.
“Tahniah diucapkan buat bakal-bakal Duta iaitu YBhg. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Amerika Syarikat), TYT Datuk Syed Md Hasrin bin Tengku Hussin (Republik Indonesia), YBrs. Encik Ruzaimi bin Mohamad (Kenya), YBrs. Cik Suzilah binti Mohd Sidek (Republik Czech) dan YBrs. Encik Amarjit Singh a/l Sarjit Singh (Timor Leste),” kata Zahid menerusi hantaran di Facebooknya.