15 MAC: Pejabat Perdana Menteri (PMO) memandang serius tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja, menyalahgunakan nama atau kedudukan pejabat itu bagi tujuan tertentu.
Dalam kenyataan hari ini, PMO menyifatkan tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab, sekaligus memberi dampak negatif kepada kredibiliti pejabat berkenaan dan institusi kerajaan.
Menurut kenyataan itu lagi, PMO tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lanjut termasuk membabitkan perundangan terhadap pihak yang terbabit dengan perkara sedemikian.